25 March 2012

JANGAN DIPERSIAKAN HIDAYAH YANG DATANG

assalamualaikum

alhamdulillah, sy masih lagi bernafas hari ini. dan syukur dikurniakan hari yang ceria dan bersemangat. diharap hari-hari mendatang juga akan dilalui dengan penuh manfaat dan maghfirah buat sy dan umat semua. Terasa satu rasa nak menulis je bila mood nak buat homework melayang jauh ntah ke mana mana. mungkin juga tulisan ini boleh memberi sesuatu kepada diri dan yang lain. Perkongsian bersama kenapa sy mula sedar dan berhijrah untuk menjadi seperti sy yang sekarang. walaupun masih jauh perjalan ini, namun sy rasa dengan berkongsi sesuatu yang baik tidak salah kan? 

Bermula satu detik sy diberikan rasa untuk mendalami islam dengan lebih dekat setelah pemergian ayahanda tercinta pada tanggal 15 julai 2004. ketika itu usia sy baru mencecah 15 tahun dan terlalu awal ayah pergi rasanya. Tak sempat merasa menjaga dia, tak sempat menjadi anak yang dikagumi oleh dia dan banyak benda yang sy terlepas pandang. di kala itu, hati terasa sayu dan penuh tanda tanya. kali pertama sy merasakan tiupan hidayah ke dalam hati dan sy mula melangkah. Separuh jalan sy kalah. kerana waktu itu sy masih muda dan mentah mengejar masa yang sentiasa menyasarkan niat sy ke tempat yang salah. faktor persekitaran dan kehidupan yang terlalu mudah dipengaruh menjadikan sy leka dan alpa. sy kembali menjadi seorang yang lemah dan jatuh tanpa sy sedar kesalahan itu besar dibahu kiri sy yang semakin menggunung dosa. seperti orang hidup yang sebenarnya mati, boleh dikatakan. jauh sy tersasar dan hilang pedoman. sy seronok bekerja, seronok berkawan hingga sy lupa yang sy masih punya ibu dan keluarga yang sentiasa merindukan kehadiran sy. mungkinkah pernah mereka membenci sy kerana melupakan mereka? tekaan sy salah, mereka tetap menyayangi sy seadanya.

Sy melangkah ke satu lagi tangga, sy sangat bersyukur kerana walaupun sy jauh dari Dia, tetap juga Dia memberi jalan. jalan untuk berjaya. sy meneruskan kehidupan di matrikulasi yang pada sy tempat yang banyak memberi kenangan paling manis dalam mana sy mencari diri yang hilang. sy terkedu dengan persekitaran yang baru. jauh bezanya dengan tempat sy sebelum ini. di sini tenang dan penuh inspirasi. kawan kawan rajin mengaji, solat tak pernah tinggal barang sewaktu pun. sy jadi janggal dan malu. sy cuba untuk berlagak seperti mereka, menutup aurat bagai nak gila, walau sy tak pandai pun cara pakai tudung masa tu. sy berpegang pada ajaran kakak sy yang dia ajarkan sebelum dia pulang dari menghantar budak hingusan ini. itulah satu satunya cara belitan tudung yang sy tahu selain dari selempangkan ke bahu. Tudung pun ada la sehelai dua. setiap hari sy begitu sehingga ada juga sahabat yang masih ingat sy yang comot dulu. haha. Namun lama kelamaan, sy merasa seperti orang bodoh yang memaknakan sesuatu yang bermakna kepada sesuatu yang tiada apa. sy tak faham kenapa nak pakai tudung? kenapa nak itu nak ini? sy nakal dan langgar peraturan kolej, sy selalu kacau kawan kawan sy belajar dan waktu mereka menelaah sy tidur supaya mereka rasa terganggu. ya, sy memang teruk, sy mengaku. satu hari sy cuba membuka al-quran, sy cemburu melihat kawan sebilik membacanya setiap hari dan juga selepas solat kalau sy tak salah ingat. sy buka al-quran, sy cuba baca. Astaghfirullah, sy tak boleh baca. sy tak boleh baca dengan baik walau setiap huruf sy kenal dengan baik. sy rasa terpukul. lidah menjadi keras, mungkin hati juga sekeras itu. sekali lagi rasa kesedaran timbul, tetapi kali ini sy cuba perlahan lahan. sy buat satu persatu supaya sy tidak melulu dan hangat hangat tahi ayam. setiap hari sy buka al-quran. sy baca satu muka surat sahaja dan kadang kala ambil masa sampai satu jam. tersekat sekat dan sy buang rasa malu. pernah sekali sy tanya teman sebilik tentang satu tanda yang tidak sy tahu macammana sebutannya. sehinggalah sy mula boleh baca, tetapi masih tidak fasih. dari satu jam semuka surat jadi stengah jam, lima belas minit dan alhamdulillah sy sudah boleh membacanya semula. bayangkan sewaktu umur 10 tahun, sy lancar membaca al-quran dan siap berlagu indah tetapi menjadi batu apabila ditinggalkan betahun-tahun lamanya. rugi bukan? itu baru cerita yang satu ini, ada banyak lagi yang tak sedap kalau dikongsi ditempat umum seperti ini. Lagi, setelah sy boleh baca al-quran, sy cuba istiqamah. sy tidak pernah buka tudung apabila ke kuliah, koleksi tudung bertambahla sedikit. tapi sy masih 'free hair' bila di luar kolej atau outing. inilah kebodohan yang sangat memalukan diri sy sehingga kini.

Habis matrikulasi, sy menangis kerana kehilangan banyak sahabat yang ikhlas membantu sy dalam banyak perkara. namun, Allah itu baik. Dia masih rindukan kedatangan sy untuk dekat denganNya. sy dapat tawaran menjadi guru sandaran di sebuah sekolah rendah. tak disangka di situ ada dua orang sahabat yang telah Allah hantar menjadi perantara untuk membuka hati sy dalam meneruskan lagi satu langkah. sahabat sy ini membuat mata sy terbuka akan kecantikan dengan menutup aurat adalah sesuatu yang sangat indah. malu sy sewaktu pertama kali keluar dengan mereka, mereka dengan berjilbab labuh dan jubah tetapi sy? berselendang yang jarang dan berpakaian tak cukup sifat. memang sy masih ingat waktu itu betapa malunya sy dengan keadaan diri yang selalu salah. dan disinilah perjalanan sy bermula lagi selangkah ke hadapan. Alhamdulillah, setelah peristiwa itu, terasa malu sy untuk menanggalkan tudung untuk memperlihatkan mahkota sy. sakit rasanya bila terhantuk, tetapi sakit itulah yang mengajar sy supaya tidak menjadi bodoh.

Sy terus belajar dan belajar untuk mendekatkan diri kepada Allah. sedikit sedikit tapi akhirnya sy bertemu dengan ketenangan. sy sudah rasa malu apabila dipandang yang bukan muhrim, sy sudah rasa takut jika dimurkai Ilahi, sy juga tidak suka memandang sesuatu yang tidak sedap dipandang. kerana setiap perbuatan yang buruk, sy cuba ingat Allah. sy batalkan niat itu dan beristighfar. Astaghfirullah, terlalu banyak dosa sy, tidak pernah sepi. semoga Allah ampunkan masa lampau sy itu, mohon juga doanya ya sahabat sekalian. Di universiti ini, setelah tiga tahun meneroka ilmu di sini, sy jumpa sesuatu yang sangat berharga. Sy nampak sesuatu yang terlalu memberi kekuatan. datangnya semua dari Allah yang membuka mata sy, yang memberi sy melihat cantiknya menjadi seorang muslimah solehah. sy titip rasa cemburu setiap kali melihat sahabat yang menutup auratnya dan membandingkan dengan diri sy yang bukan siapa siapa. sy mula longgarkan balutan, dan sy jadikan perasaan cemburu itu sebagai penguat semangat untuk menjadi seperti mereka, terutama seorang insan yang sangat indah ini. terima kasih ya Allah, jadikanlah aku dan dia sahabat hingga ke syurga. semoga penghijrahan ku ini diredhai sehingga ke hujung nyawa. tekad kali ini untuk istiqamah setelah lebih tiga tahun menyemai cinta. benar, sedikit sedikit lama lama pasti akan jadi bukit, juga di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Allah maha baik, jika niat uintuk berubah keranaNya maka Dia datangkan insan yang baik baik kepada kita agar menjadi pembimbing dan penguat semangat kala hati rapuh seperti kaca. 

Sy nak jadi hamba yang solehah, anak yang baik, sahabat yang saling membimbing dan juga pelajar yang cemerlang. sy nak bantu ayah, abang dan adik lelaki sy supaya mereka tak terbeban dengan menanggung dosa dosa yang sy lakukan kerana sy sygkan mereka. memang bukan mudah, tapi yang tak mudah itulah membawa satu ganjaran yang besar satu hari nanti. inshAllah. Jom sama sama berhijrah ya kawan kawan. :) 

Uhibbukifillahi wa laa tansaa nii fii du'aaki, inshAllah <3

7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. cabaran besar kte skang ialah mcmn nk konsisten dgn prubahan n mnghadapi owg n keadaan sekeliling.Xp bak kata pepatah, 'Hendak seribu daya, xhendak seribu dalih'.Alhamdulillah,smoga mas akn menemui ape yg mas cari, sbgaimana Alin. Grab peluang yg dtg, n sama2 brusaha.smoga mndpt redha-NYA..aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanx mas, mohon doa dari semua sahabat ^^ semoga kita semua memperoleh seseuatu yang bermanfaat untuk diri dan sekeliling <3

      Delete
  3. salamuna'laiki ya sahibati...aliiinn!!! nad rse nak nangis pulak bce post ni..huhu semoga istaqamah yer...semoga kita tetap tsabat di jalan-Nya..i'm proud of u..Allah sentiasa bersama kamu...
    Sabda Rasulullah s.a.w:
    "Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." HR Muslim
    sentiasa berusaha menjadi wanita solehah..insyaAllah

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum alin...=) i.allah..walaupun saya tidak mengenali kamu, tapi saya dapat rasakan kesukaran dalam keinginan kita ingin berhijrah. namun ingatlah, setiap saat kesukaran yang kita rasakan sewaktu ingin berhijrah itu, Allah s.w.t telah menjanjikan pelbagai ganjaran y xterjangkau oleh fikiran kita. ssungguhnya Allah sgt menyayangi hmbaNya dan tidak akan membiarkan hambaNya rsa keseorrangn. ingatlah sabdaan Rasulullah saw: man yuridillahu bihi khaira, yufaiqqihu fi ddin (barangsiapa y Allah menginginkan kebaikan baginya, Allah akan memberinya kefahaman (dalam beragama)). beruntunglah kamu kerana menjadi insan pilihan Allah. teruskan istiqamah ya alin=) ingatlah bahawa sahabat itu cerminan diri kita. i.allah..Allah s.w.t sgt menyayangi alin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih saudara atas sokongan :') inshaAllah, ameen ya rabb. alin akan cuba berusaha sedaya boleh dalam memperjuangkan diri untuk menjadi muslimah solehah. :)

      Delete