30 September 2012

INI HANIS BINTI ARIF

My bestfriend ever.
Tak nak puji lebih lebih, tapi awak kawan yang sangat cool yang pernah sy ada! terharu?
hehe. Lets be friend until Jannah, pegang tangan sy okay :) 
i love you, well i know you love me too. tengkiu :')


alin rindu.

01 June 2012

MUJAHIDAH MUDA MESTI KUAT !

Bismillah..



mulai saat ini, sy nekad untuk teruuuuuuussssssss melangkah dengan lancar. tidak tersekat-sekat, tidak ragu-ragu, tidak perlahan-lahan, tidak pula sekejap nak sekejap tak nak. 

sebab langkah kaki ini Allah bagi, sempurna tiada cacat dan cela. untuk apa? untuk sy berjalan menuju dia sebagai seorang khalifah di bumi yang fana. Tiada nikmat hidup ini jika bergelumang dosa-dosa.

Sy nak sebarkan bahagia sy dengan semua, agar bahagia ini berkembang dan tidak hilang. Dengan orang-orang yang sy cinta, dengan sahabat-sahabat suka dan duka.

Semangat !

Alin Syazreen

JOM HUSNU ZHON, SAYANG !


Bismillah..

Usai sudah kesibukan duniawi yang membelenggu diri ini. Sudah hampir dua malam rasanya tidur ini terbengkalai dan malam ini menghabiskan masa bersama teman teman kesayangan merai hari hari yang sikit lagi tersisa buat kami untuk bersama. Biarlah kalau boleh menjadi ingatan sepanjang usia, berjumpa dan berpisah di dunia harap dapat berbahagia bersama di akhirat nanti. Mereka selalu ada susah dan senang, berdiri di sisi tika sy terduduk lesu. JazakAllahu khairan kathira sahabat :’)



Contengan hari ini :

Sudah lama sy ingin menulis di sini, menulis cerita ini. Kerana sy memerhatikan sekeliling dan sy merasa cakna.

Dalam dunia kita, ada kita, ada hati kita, ada fikiran kita juga ada bisikan-bisikan yang ntah dari mana. Dan, dengan satu saja pandangan mata, semuanya berkata-kata memberi pendapat yang buruk juga baik.

Ketika mata melihat sesuatu, husnu zhon lah.

“Apa tu husnu zhon kak?”
“Husnu zhon tu bersangka baik dik. Bersangka baik tu sifat mulia, tak gitu?”

Kenapa perlu husnuzhon? Sebab cuba kita renung, apa orang fikir pasal kita bila diorang tengok kita? Lihat cara kita, dari segi pakaian, cara berjalan, cara makan, bercakap etc etc. Suka tak kita kalau orang berfikir yang buruk-buruk pasal kita? Pasti kita tak suka, betul?

Cuba pula bila kita tak buat sesuatu perkara buruk, tapi kita dituduh bersalah. Pasti akan keluar ayat-ayat macam ni,

“suka hati diorang la nak fikir apa, janji aku tak buat”
“Eh, sedap mulut je mengata orang, dah puas hidup ke?”

Sebenarnya, dalam masa yang sama ayat tu terkeluar, sudah tentu hati kita terkesan juga dengan fikiran orang terhadap kita. Betul? Kita tak suka bila orang pandang kita buruk walau dengan cara apa sekali pun. Haa, macam tu jugak la apa saja yang ada kat sekeliling kita, mereka juga tak nak difikir sebagai sesuatu yang buruk dan salah di mata yang lain. Apa jugak kita dapat andai kita berburuk sangka kan? Andai andaian itu tak benar, dah la buruk sangka, dapat dosa lagi pula.

Apabila kita melihat orang yang baik, alim, ulama’ , husnu zhon lah, bahawa mereka akan mendorong ramai orang lain mengikut contoh yang diberi oleh mereka.

Apabila kita melihat makhluk ciptaan Allah yang berbagai bentuk dan rupa, husnu zhon lah, bahawa setiap ciptaan yang Maha Pencipta itu tidak ada yang sia-sia.

Apabila kita melihat orang yang kita tak kenal, husnu zhon lah, bahawa mereka dari golongan yang baik-baik.

Malah apabila kita mendapat ujian dariNya, husnu zhon lah, bahawa seseorang itu takkan diuji melebihi kemampuan, kerana Allah sayangkan kita lalu ditimpakan kita ujian untuk mendidik hati.

Kerana, setiap yang ada di atas dunia ini tidak sama, berbeza-beza. Dengan husnu zhon, hati kita terhindar dari menjadi kotor kerana kesalahan-kesalahan yang kita tak sedar. Husnu zhon juga dapat mengelakkan diri kita mengumpat, mengeji dan cakap-cakap belakang yang oh sangat lah buruk itu. Bahkan kadang-kadang kita berfikiran buruk tentang orang yang susah menerima nasihat, husnu zhon lah bahawa mereka bukan tidak mahu menerima nasihat, tapi semua manusia di dunia ini tidak sama. Mungkin ada yang lahir ke dunia, lalu dicorakkan dengan cara yang salah dan lama-kelamaan menjadi batu hati mereka dan sudah tidak lagi mahu mendengar kata. Nak buat macam mana? Mereka memang sudah terbiasa dengan kehidupan mereka, kalau orang tua lagi lah payah kan? So, apa yang kita kena buat? Kita kena bersabar dengan mereka, husnu zhon lagi bahawa mereka pasti akan lembut hatinya dengan cara kita yang lembut juga menarik mereka kea rah kebaikan. Husnu zhon husnu zhon husnu zhon ! J JOM!!

Okaylah, nak tidur dah. 12.00a.m, tak larat sangat dah. Semoga hari esok ada lagi untuk melakukan amal ibadat, menghapus dosa yang dibuat. Selamat malam.

Alin Syazreen


24 May 2012

LAMBAIAN TANGAN ITU, TANGAN SIAPA?

Assalamua'alaikum wbt, kalian yang dirahmati Allah. InshaAllah



Ya, di hadapan sana terlihat cahaya. Terus terang cahaya matahari pagi memancar ke setiap sudut. Setelah gelap semalam, cahaya itu datang lagi. Tembus, ke dalam hati. Semalam ya, saya lemah. Berfikir yang tak sudah sudah tentang gelapnya hari ini. Padahal mentari itu pasti! 


....


Gelisah sungguh rasa hati, terkenangkan titik titik hitam yang menghantui. Dengan waktu depan yang lagi sedikit hampir menyentuh. Apakah takdir yang telah tercatat di sana? Sy terbaring gelisah. Dengan pemain mp3 di telinga mengulang-ulang lagu yang sama, menyentuh hati yang terus hanyut dengan dunia. Payah sungguh rasanya langkah hari esok, banyak yang perlu dipersiap. Mana dengan tugasan sebagai seorang hamba, mana dengan tugasan yang diamanahkan sebagai seorang pelajar, mana dengan desakan hati yang tidak mahu kehilangan apa yang ada hari ini juga mana mungkin sy membuang segala memori yang sy cintai. Tetapi, apa yang sy nampak semakin dekat lambaian ntah dari tangan siapa. Melambai lambai girang ntah apa tandanya, memanggil atau menyuruh sy pergi? Sy makin gelisah. Waktu semakin pantas berlalu, sy masih lagi terbaring lesu tanpa sepatah ayat pun dari bibir tanda protes! 


....


Tersebut padahal itu, padahal, telah tertulis dalam maha karya cinta al-Quran tentang percayalah pada ganjaran dari Allah kepada manusia yang sentiasa berusaha ke arah kebaikan dan mengejar kecintaanNya. Allah takkan mengecewakan sy, itu pasti. Menyesal sy terbaring dengan satu kerja apa pun tidak tersentuh, menyesal sy berfikir apakah masa depan sy dengan tiada usaha pun yang sy cipta. Menyesal sy memikirkan tangan siapakah yang melambai padahal orang orang yang mencintai sy itu pasti menyokong sy, duduk ditepi memberi semangat. Biarlah siapa nak pergi, yang penting sy ini. sy ini harus tabah dalam melakukan SEMUANYA!! walau pun dalam keadaan bersendiri, kerana Allah sy berdiri. bukan kerana yang lainnya. Kerja hari esok itu kerja Dia, terbalas dengan apa yang sy lakukan dengan tulang yang empat kerat.

Kembali inspirasi yang dicari dalam naskhah kesayangan, tersimpan elok dengan wangian paling indah :

Dan orang-orang yang beriman serta beramal salih – (dengan tidak menjadi keberatan kepada mereka, kerana) Kami tidak memberati diri seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya, merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya. (7 : 42)

Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungghnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. (7 : 55)

Sungguh, ternyata ayat al-Quran inilah Kitab yang tidak ada keraguan di dalamnya, kitab yang mengandung petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa. Lalu, sy memilih untuk berdiri. Selamat tinggal resah, selamat tinggal gundah. (Melambai lambai tangan) . 

Wassalam

01 May 2012

NADI KEKUATAN SEORANG SAHABAT JUGA :P

Assalamualaikum w.b.t

Terasa sebak di hati ini terbaca nukilan seorang sahabat lama. Bingkisan dia buat sahabatnya yang memberi inspirasi dan menjadi penguat tika dia susah dan senang. Dikala membacanya, teringat-ingat sahabat yang dulu antara kami menjadi penyejuk mata dan hati masing-masing, tapi kini masing-masing punya haluan sendiri dan semoga kita tidak melupakan antara satu sama lain.

Namun, sedikit berbeza kali ini, sy mahu meraikan seorang inspirasi dalam kehidupan “baru” sy, menjadi akar penguat walaupun dia tidak tahu sy menjadikan dia sebagai seseorang yang sangat istimewa di dalam hati ini. Melihat dia buat pertama kali, terasa tidak layak diri ini untuk menjadi sahabatnya. Namun, sy kuatkan hati untuk terus menghubungi dia kerana dengan berbuat demikian hati menjadi tenang. Mungkin Allah gerakkan hati ini untuk menemui dia, lalu kami bertemu. Sy percaya Allah mengatur segalanya, sy tidak kuat di sini, tidak pula pernah sy mencuba untuk melangkah ke arah menjadi muslimah sejati kerana godaan terlalu banyak. Kadang-kadang sy merasa keseorangan, namun pada Allah jualah tempat sy mengadu akan kesepian hati yang rindukan seorang sahabat sebagai akar kekuatan diri, memberi contoh yang baik dalam mengejar sesuatu yang sy cari selama ini. 

I do believe there's always the first time in everything .

Saya bertemu dia, dan kali pertama mengungkap kata, terasa tenang dan tidak pernah sy alami. Kalau boleh, mahu semuanya sy ceritakan padanya, namun sy tidak berbuat begitu. Dan selepas mendengar kata katanya, sy seperti merasakan semangat yang tersimpan selama ini mahu sy keluarkan sahaja. Benar, kalau kita betul, Allah akan permudahkan. Sy turuti nasihat-nasihatnya walaupun mungkin dia juga sudah lupa semua. Sy pulang menemui ibu, sy khabarkan sy mahu berubah, sy mahu jadi anak ibu yang solehah, sy mahu jadi penyejuk mata ibu dan sy mahu menjadi contoh yang baik kepada semua kerana Allah. Ibu dan kakak menyokong sy dengan tidak berkata sedikit apapun, namun sy faham mereka tidak mahu sy ditanya dengan pelbagai persoalan yang membuat sy segan untuk berubah. Ini semua kerana Allah dah berikan sy seorang perantara untuk membuka pintu hati sy. Ya, sahabat sy yang seorang ini, cantik seindah nama dan akhlaknya, Hanan Umairah. Sy temui sesuatu dalam dirinya, Allah yang tunjukkan pada sy. Sy temukan sesuatu dalam diri sy, Allah jualah yang tunjukkan pada sy. 


Sy tidak tahu kenapa, sy tidak mahu tahu siapa sy pada dia, tapi sy mahu dia tahu bahawa sy sgt bersyukur punya dia sebagai sahabat sy. Punya dia sebagai penguat semangat, punya dia sebagai seorang yang selalu dekat di hati. Semoga dia selalu dalam redha Ilahi, Allah anugerahkan seorang teman yang indah ini. Alhamdulillah. Sy tak mengharapkan apa apa, selain dari terus menjadi inspirasi :) terima kasih sahabat !

29 March 2012

TEGURAN ALLAH KEPADA KITA



assalamualaikum. 
tak sedar hari ni dah pun hari Jumaat, terlalu sibuk and penat betul minggu ni sampai rasa macam takde masa nak rehatkan diri dengan baik. Apa yang paling memberi tekanan dah tentulah projek tahun akhir yang sampai sekarang still takde progress yang memberangsangkan. sedih. tapi takpe, sy akan bagi all out and akan pastikan semua yang supervisor nak siap by hari rabu. insyaALLAH. Mohon doa kalian.

Hari ni nak share pasal lesson learn yang dapat dari kehidupan seharian. Tahu tak malaikat maut sentiasa memerhatikan gerak geri kita? setiap hari sebanyak 70kali malaikat maut datang melihat gelagat kita, dan kalau dibahagikan dengan 24jam lebih kurang 20 minit sekali kita sangat hampir dengan Izrael si pencabut nyawa? Itu baru cakap pasal malaikat, Allah bagaimana? Dia tak pernah lekang dari melihat tindak tanduk kita walaupun sesaat. Dan tahukah kita selama ini Allah selalu tegur kita bila kita lakukan perkara perkara yang lagho dan tidak disukaiNya? Macammana cara Allah tegur?

Macam ni, setiap kali kita melakukan sesuatu yang kita sendiri tahu tidak memberi faedah sesikit pun kepada kita, lalu hati kita tergerak dan terfikir akan kelalaian kita tu. Dikala ini siapa yang menggerakkan hati kita? Tetapi masih lagi kita tak ambil kisah dan tidak peduli akan teguran itu dan meneruskan aktiviti yang pada dasarnya kita sudah merasa sesuatu yang tidak kena. Sebagai contoh, kita sedang leka bermain facebook berjam-jam lamanya, lalu terdetik satu perasaan, "eeei apa aku buat ni?". Tetapi masih kita terus leka dan leka. Disitu kita tidak sedar yang Allah sedang menegur kita. Sama juga bila kita melalak menyanyi lagu lagu yang mengasyikkan dan tiba-tiba hati kita tergerak dengan akan satu perasaan yang tidak sedap. Allah sedang memberitahu bahawa nyanyian itu tidak elok dan tidak akan memberi pertolongan sedikit pun kepada kita. kan lebih baik kalau kita mengucapkan nyanyian nyanyian yang lebih indah seperti zikirullah, istighfar dan kata kata yang baik baik? Sy juga baru belajar mengenai ini, sy tidak tahu yang detik perasaan sy selama ini terselit teguran dari Dia yang Maha Besar yang sudi menegur kesilapan sy. Sesungguhnya Allah lah yang Maha membolak balikkan setiap hati manusia.

Dalam hidup ini, dalam setiap perbuatan kita mestilah didahulukan dengan bismillah. setiap perkara yang dilakukan dengan bismillah itu semestinya perkara yang baik baik. sy kira tidak ada perkara yang tidak baik ada orang memulakannya dengan bismillah, contoh yang jelas adalah minum arak, merokok dan bercakap perkara perkara lagho. Niatkanlah setiap perkara kerana Allah dan pasti kita akan merasa yakin dalam setiap gerak dan langkah kerana perasaan untuk tergugat dari apa pun godaan dan cubaan inshaAllah dapat diatasi. 

Setakat ini dahulu, sy ada perkara lagi yang perlu disiapkan. semoga kita semua sentiasa dalam rahmatNya, AMEEN. 

Wassalam.

26 March 2012

TERSEDAR DENGAN PUKULAN


assalamualaikum

dah solat dan mengaji ke? :)

terima kasih atas doa shabat sahabat yang sentiasa memberi sokongan kepada diri ini. ya, sy sangat bersyukur dengan kehadiran kalian.

LEMPANG PIPI KANAN :

sebelum tidur semalam sy terpukul dengan satu gambaran yang sangat memilukan. sy melihat gambar seorang kanak kanak yang kelaparan merangkak mencari sesuap makanan. kasihan, andailah dapat sy menyuapkan adik itu dengan sesuap makanan pasti tidak tergambar kesyukuran dari riak wajahnya. teringat pula kehidupan kita di Malaysia, serba ada dan cukup makan pakai tetapi masih ada yang merungut. apatah lagi anugerah teridah dilahirkan sebagai seorang islam. seharusnya kita bersyukur dengan segala nikmat Allah yang telah diberikan kepada kita selama ini dan jangan jadikan ia umpama istidraj yang menggunung tinggi seperti hamba yang tidak tahu mengucap syukur atas nikmat yang diberi lalu apakah kita masih mengharap pada rahmat dan keberkatan dari Dia? begitu juga dengan peluang yang kita dapat untuk meniti alam sebagai seorang pelajar, biarpun sesusah mana dan tidak pula kita sukakan matapelajaran yang kita terpaksa tempuh, setidaknya anggaplah ia sebagai satu peluang yang masih ramai lagi di luar sana terkejar kejar untuk duduk ditempat kita. jadi, alhamdulillah syukur atas segalanya.



LEMPANG PIPI KIRI PULA :

melihat pula pada status status facebook yang banyak berperihalkan soal cinta, couple, sayang sayang, i love you, muah muah la, dan apa saja luahan perasaan kepada yang bukan muhrim juga mengingatkan sy pada sesuatu yang telah lalu. memang benar sy pernah bercinta, cinta monyet zaman kanak kanak ribena yang tak kemana pun. Biar lah sayang bagai nak gila sekalipun, namun perkara itulah yang memberi kenangan paling pahit dalam hidup ini. tiada masalah andai hati terguris oleh manusia, tetapi dulu sy rasakan itu sangat sangat ADA MASALAH!! bertahun tahun menangisi cinta manusia yang fana lagi tak sempurna. buat apa? ntahla, malu sy nak kenangkan lagi. Namun, bila sekarang, memang seharusnya sy berfikir soal nikah dan kahwin kerana sememangnya itu menjadi impian siang dan malam kepada setiap remaja seusia sy. Tetapi biarlah sy katakan tidak. sy masih belum terbuka untuk mencari cinta manusia sebelum sy mempersiapkan diri sy sepenuhnya dalam mengejar cinta Ilahi. Sy mahu menyerahkan diri sepenuhnya kepada DIA cinta hati sy terdahulu sebelum DIA menyerahkan sy kepada salah seorang pencintaNya juga. sy mahu dicintai DIA dahulu sebelum dicinta seseorang yang DIA cintai, dan sy percaya dengan janjiNYA yang bukan kosong seperti janji manusia. DIA berjanji akan menhadiahkan seorang lelaki yang baik kepada seorang perempuan yang baik juga berjanji menganugerah seorang perempuan yang baik kepada seorang lelaki yang baik. Idola sy juga berpesan bahawa Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab. Jadi sy harus bersedia dengan benar benar bersedia!! takut sy tidak mampu melakukannya sekiranya iman di hati mesih secangkir saja. Sy putuskan untuk sendiri dari mencampakkan diri ke lautan dosa dengan berpasangan dengan yang bukan muhrim. sy putuskan untuk memadam segala kenangan pahit yang tersimpan di hati kerana sy tidak mahu hati sy kotor dengan perkara perkara yang lagho merindu dan mengingati yang tidak layak. Enggan sy keasyikan dengan cinta yang tidak pada paksi yang diajarkan kepada sy dan sy gembira dan tenang begini :) Sy tenang menanti untuk menjadi tulang rusuk lelaki yang dijodohkan kepada sy, dan semoga dia juga tenang menanti sy di sana :), teringin menjadi makmumnya dan mengaminkan doanya dia. satu hari nanti, inshaALLAH. <3

Kepada kaum adam :

- kita boleh berkawan, tetapi bukan teman tapi mesra.
- kita boleh berbicara, tetapi biar kena masa dan tempatnya.
- kita boleh bertemu, tetapi biarlah ditempat terbuka dan ada mahramnya.
- kita boleh berSMS, tapi biarlah pada perkara perkara yang penting sahaja.
- bantulah sy menjadi muslimah solehah kerana kata seorang kawan, tidak sempurna kesolehan seseorang itu jika ada nama-nama perempuan atau lelaki bukan muhrim yang sentiasa terlekat di bibir mereka. jom kita sama sama mendakap redhaNya dalam setiap perbuatan dan menjaga ketinggian maruah ya :) 

maafkan sy jika mengguris hati sesiapa, sy hanya manusia biasa.

wassalam.