01 May 2012

NADI KEKUATAN SEORANG SAHABAT JUGA :P

Assalamualaikum w.b.t

Terasa sebak di hati ini terbaca nukilan seorang sahabat lama. Bingkisan dia buat sahabatnya yang memberi inspirasi dan menjadi penguat tika dia susah dan senang. Dikala membacanya, teringat-ingat sahabat yang dulu antara kami menjadi penyejuk mata dan hati masing-masing, tapi kini masing-masing punya haluan sendiri dan semoga kita tidak melupakan antara satu sama lain.

Namun, sedikit berbeza kali ini, sy mahu meraikan seorang inspirasi dalam kehidupan “baru” sy, menjadi akar penguat walaupun dia tidak tahu sy menjadikan dia sebagai seseorang yang sangat istimewa di dalam hati ini. Melihat dia buat pertama kali, terasa tidak layak diri ini untuk menjadi sahabatnya. Namun, sy kuatkan hati untuk terus menghubungi dia kerana dengan berbuat demikian hati menjadi tenang. Mungkin Allah gerakkan hati ini untuk menemui dia, lalu kami bertemu. Sy percaya Allah mengatur segalanya, sy tidak kuat di sini, tidak pula pernah sy mencuba untuk melangkah ke arah menjadi muslimah sejati kerana godaan terlalu banyak. Kadang-kadang sy merasa keseorangan, namun pada Allah jualah tempat sy mengadu akan kesepian hati yang rindukan seorang sahabat sebagai akar kekuatan diri, memberi contoh yang baik dalam mengejar sesuatu yang sy cari selama ini. 

I do believe there's always the first time in everything .

Saya bertemu dia, dan kali pertama mengungkap kata, terasa tenang dan tidak pernah sy alami. Kalau boleh, mahu semuanya sy ceritakan padanya, namun sy tidak berbuat begitu. Dan selepas mendengar kata katanya, sy seperti merasakan semangat yang tersimpan selama ini mahu sy keluarkan sahaja. Benar, kalau kita betul, Allah akan permudahkan. Sy turuti nasihat-nasihatnya walaupun mungkin dia juga sudah lupa semua. Sy pulang menemui ibu, sy khabarkan sy mahu berubah, sy mahu jadi anak ibu yang solehah, sy mahu jadi penyejuk mata ibu dan sy mahu menjadi contoh yang baik kepada semua kerana Allah. Ibu dan kakak menyokong sy dengan tidak berkata sedikit apapun, namun sy faham mereka tidak mahu sy ditanya dengan pelbagai persoalan yang membuat sy segan untuk berubah. Ini semua kerana Allah dah berikan sy seorang perantara untuk membuka pintu hati sy. Ya, sahabat sy yang seorang ini, cantik seindah nama dan akhlaknya, Hanan Umairah. Sy temui sesuatu dalam dirinya, Allah yang tunjukkan pada sy. Sy temukan sesuatu dalam diri sy, Allah jualah yang tunjukkan pada sy. 


Sy tidak tahu kenapa, sy tidak mahu tahu siapa sy pada dia, tapi sy mahu dia tahu bahawa sy sgt bersyukur punya dia sebagai sahabat sy. Punya dia sebagai penguat semangat, punya dia sebagai seorang yang selalu dekat di hati. Semoga dia selalu dalam redha Ilahi, Allah anugerahkan seorang teman yang indah ini. Alhamdulillah. Sy tak mengharapkan apa apa, selain dari terus menjadi inspirasi :) terima kasih sahabat !

No comments:

Post a Comment