Bismillah..
Usai sudah kesibukan duniawi yang membelenggu diri ini.
Sudah hampir dua malam rasanya tidur ini terbengkalai dan malam ini menghabiskan
masa bersama teman teman kesayangan merai hari hari yang sikit lagi tersisa
buat kami untuk bersama. Biarlah kalau boleh menjadi ingatan sepanjang usia,
berjumpa dan berpisah di dunia harap dapat berbahagia bersama di akhirat nanti.
Mereka selalu ada susah dan senang, berdiri di sisi tika sy terduduk lesu.
JazakAllahu khairan kathira sahabat :’)
Contengan hari ini :
Sudah lama sy ingin menulis di sini, menulis cerita ini. Kerana
sy memerhatikan sekeliling dan sy merasa cakna.
Dalam dunia kita, ada kita, ada hati kita, ada fikiran kita
juga ada bisikan-bisikan yang ntah dari mana. Dan, dengan satu saja pandangan
mata, semuanya berkata-kata memberi pendapat yang buruk juga baik.
Ketika mata melihat sesuatu, husnu zhon lah.
“Apa tu husnu zhon kak?”
“Husnu zhon tu bersangka baik dik. Bersangka baik tu sifat
mulia, tak gitu?”
Kenapa perlu husnuzhon? Sebab cuba kita renung, apa orang
fikir pasal kita bila diorang tengok kita? Lihat cara kita, dari segi pakaian,
cara berjalan, cara makan, bercakap etc etc. Suka tak kita kalau orang berfikir
yang buruk-buruk pasal kita? Pasti kita tak suka, betul?
Cuba pula bila kita tak buat sesuatu perkara buruk, tapi
kita dituduh bersalah. Pasti akan keluar ayat-ayat macam ni,
“suka hati diorang la nak fikir apa, janji aku tak buat”
“Eh, sedap mulut je mengata orang, dah puas hidup ke?”
Sebenarnya, dalam masa yang sama ayat tu terkeluar, sudah
tentu hati kita terkesan juga dengan fikiran orang terhadap kita. Betul? Kita
tak suka bila orang pandang kita buruk walau dengan cara apa sekali pun. Haa,
macam tu jugak la apa saja yang ada kat sekeliling kita, mereka juga tak nak
difikir sebagai sesuatu yang buruk dan salah di mata yang lain. Apa jugak kita
dapat andai kita berburuk sangka kan? Andai andaian itu tak benar, dah la buruk sangka, dapat dosa lagi pula.
Apabila kita melihat orang yang baik, alim, ulama’ , husnu
zhon lah, bahawa mereka akan mendorong ramai orang lain mengikut contoh yang
diberi oleh mereka.
Apabila kita melihat makhluk ciptaan Allah yang berbagai
bentuk dan rupa, husnu zhon lah, bahawa setiap ciptaan yang Maha Pencipta itu
tidak ada yang sia-sia.
Apabila kita melihat orang yang kita tak kenal, husnu zhon lah,
bahawa mereka dari golongan yang baik-baik.
Malah apabila kita mendapat ujian dariNya, husnu zhon lah,
bahawa seseorang itu takkan diuji melebihi kemampuan, kerana Allah sayangkan kita
lalu ditimpakan kita ujian untuk mendidik hati.
Kerana, setiap yang ada di atas dunia ini tidak sama,
berbeza-beza. Dengan husnu zhon, hati kita terhindar dari menjadi kotor kerana
kesalahan-kesalahan yang kita tak sedar. Husnu zhon juga dapat mengelakkan diri
kita mengumpat, mengeji dan cakap-cakap belakang yang oh sangat lah buruk itu.
Bahkan kadang-kadang kita berfikiran buruk tentang orang yang susah menerima
nasihat, husnu zhon lah bahawa mereka bukan tidak mahu menerima nasihat, tapi
semua manusia di dunia ini tidak sama. Mungkin ada yang lahir ke dunia, lalu
dicorakkan dengan cara yang salah dan lama-kelamaan menjadi batu hati mereka
dan sudah tidak lagi mahu mendengar kata. Nak buat macam mana? Mereka memang
sudah terbiasa dengan kehidupan mereka, kalau orang tua lagi lah payah kan? So,
apa yang kita kena buat? Kita kena bersabar dengan mereka, husnu zhon lagi
bahawa mereka pasti akan lembut hatinya dengan cara kita yang lembut juga
menarik mereka kea rah kebaikan. Husnu zhon husnu zhon husnu zhon ! J JOM!!
Okaylah, nak tidur dah. 12.00a.m, tak larat sangat dah.
Semoga hari esok ada lagi untuk melakukan amal ibadat, menghapus dosa yang
dibuat. Selamat malam.
Alin Syazreen
No comments:
Post a Comment