24 May 2012

LAMBAIAN TANGAN ITU, TANGAN SIAPA?

Assalamua'alaikum wbt, kalian yang dirahmati Allah. InshaAllah



Ya, di hadapan sana terlihat cahaya. Terus terang cahaya matahari pagi memancar ke setiap sudut. Setelah gelap semalam, cahaya itu datang lagi. Tembus, ke dalam hati. Semalam ya, saya lemah. Berfikir yang tak sudah sudah tentang gelapnya hari ini. Padahal mentari itu pasti! 


....


Gelisah sungguh rasa hati, terkenangkan titik titik hitam yang menghantui. Dengan waktu depan yang lagi sedikit hampir menyentuh. Apakah takdir yang telah tercatat di sana? Sy terbaring gelisah. Dengan pemain mp3 di telinga mengulang-ulang lagu yang sama, menyentuh hati yang terus hanyut dengan dunia. Payah sungguh rasanya langkah hari esok, banyak yang perlu dipersiap. Mana dengan tugasan sebagai seorang hamba, mana dengan tugasan yang diamanahkan sebagai seorang pelajar, mana dengan desakan hati yang tidak mahu kehilangan apa yang ada hari ini juga mana mungkin sy membuang segala memori yang sy cintai. Tetapi, apa yang sy nampak semakin dekat lambaian ntah dari tangan siapa. Melambai lambai girang ntah apa tandanya, memanggil atau menyuruh sy pergi? Sy makin gelisah. Waktu semakin pantas berlalu, sy masih lagi terbaring lesu tanpa sepatah ayat pun dari bibir tanda protes! 


....


Tersebut padahal itu, padahal, telah tertulis dalam maha karya cinta al-Quran tentang percayalah pada ganjaran dari Allah kepada manusia yang sentiasa berusaha ke arah kebaikan dan mengejar kecintaanNya. Allah takkan mengecewakan sy, itu pasti. Menyesal sy terbaring dengan satu kerja apa pun tidak tersentuh, menyesal sy berfikir apakah masa depan sy dengan tiada usaha pun yang sy cipta. Menyesal sy memikirkan tangan siapakah yang melambai padahal orang orang yang mencintai sy itu pasti menyokong sy, duduk ditepi memberi semangat. Biarlah siapa nak pergi, yang penting sy ini. sy ini harus tabah dalam melakukan SEMUANYA!! walau pun dalam keadaan bersendiri, kerana Allah sy berdiri. bukan kerana yang lainnya. Kerja hari esok itu kerja Dia, terbalas dengan apa yang sy lakukan dengan tulang yang empat kerat.

Kembali inspirasi yang dicari dalam naskhah kesayangan, tersimpan elok dengan wangian paling indah :

Dan orang-orang yang beriman serta beramal salih – (dengan tidak menjadi keberatan kepada mereka, kerana) Kami tidak memberati diri seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya, merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya. (7 : 42)

Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungghnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. (7 : 55)

Sungguh, ternyata ayat al-Quran inilah Kitab yang tidak ada keraguan di dalamnya, kitab yang mengandung petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa. Lalu, sy memilih untuk berdiri. Selamat tinggal resah, selamat tinggal gundah. (Melambai lambai tangan) . 

Wassalam

1 comment: