11 January 2012

JALAN HARAPAN

Salam buat pembaca.

Dah pukul 2 pagi, aku masih bersengkang mata. Apa yang aku buat pun aku tak tahu, tapi ada yang aku fikirkan. Dalam seminggu dua kebelakangan, terasa ada sesuatu yang rancak bermain dalam fikiran. Terasa melonjak suatu perasaan yang selama ini selalu aku rasakan. Tapi kali ni, perasaan itu berlainan sedikit. Seakan memaksa begitu. Aku nak kongsi apa yang aku rasa, dan aku harap apa yang aku lakukan ni dapat melengangkan rasa yang begitu mendesak hati. Terasa sudah lama aku berubah kepada seorang yang ini, tetapi aku masih belum meneruskah selangkah lebih.

Ceritanya begini,

Sebagai seorang yang baru berhijrah dari titik hitam ke alam yang jauh lebih cerah, aku merasakan masih belum cukup dan terlalu jauh untuk aku gapai erti kebahagiaan sebenar. Dalam tidak sedar, dah hampir 3 tahun aku istiqamah dalam bertudung dan aku sedikit pun tak merasa susah. Inilah anugerah dan hidayah yang terindah setakat ini yang aku pernah dapat. Alhamdulillah. Aku nak mengungkap lebih lebih soal agama, aku akui aku memamng cetek ilmu, tapi aku tahu yang islam itu indah. Bukan hanya pada kata kata. 

Bahagian rasa yang mendesak yang aku sebut pada mula, terletak pada 3 tahun yang aku sebut tadi. Pejam celik memang benar hampir 3 tahun aku berhijrah dan aku masih ingat kali pertama macam mana aku mula memakai hijab. Tapi bukan itu yang aku mahu bahaskan, tetapi soal 3 tahun yang sebenarnya terlalu lama aku ambil untuk memulakan langkah seterusnya. Sekadar menutup kepala, itu sahaja? ya, itu sahaja yang aku buat. Aku masih terasa kosong. Hati masih terasa hampa dengan ilmu yang tak seberapa. Aku mencari-cari di mana silapnya, mungkin aku masih belum bersedia atau apa. Jawapannya aku yang tahu, aku bukan belum bersedia, tetapi aku malas mencari. Perasaan aku mendesak, tetapi aku tolak rasa itu. Aku rasa, kalau kali ini aku tolak perasaan yang mahukan penghijrahan, selamanya aku akan terus berada di sini tanpa berganjak selangkah kedepan. Aku mesti cari tahu, aku mesti cari jalan.

Akhirnya aku bertemu dengan jalan kerana yang aku minta dengan Dia adalah jalan. Aku mencari jalan untuk aku sertakan diri dalam bulatan. Bulatan gembira istilah yang mereka gunakan. Ada seorang hamba Allah yang membantu aku dan memberi nasihat dalam aku mengejar ilmu akhirat, dan dia juga membantu aku untuk menyertai bulatan ini. InsyAllah, semester depan aku akan aktif dengan team ini, harapan sebagai sebuah keluarga baru yang akan membawa aku menjadi seorang muslimat yang Dia mahukan. Aku belum tahu sama ada aku berjaya atau tidak, aku akan pastikan aku bukan sekadar melepaskan batuk ditangga dan perasaan ini aku tahu bukan hangat hangat tahi ayam. Dorongan dan semangat mahu ke syurga Allah itu aku pertaruhkan. Doakan aku :)

# Menitis airmata ini membaca sepotong kata, Selangkah anak perempuan keluar rumah tanpa menutup aurat, selangkah juga bapanya untuk ke Neraka. Aku nak jadi anak yang solehah dan berjasa untuk parents aku, aku taknak bebankan mereka dengan dosa dosa yang aku buat :( 






Ya Allah, tunjukkan aku jalan kebenaran, yang Engkau redhai. Ameen


3 comments:

  1. aku masih tak terlambat nak tinggalkan sepatah dua kata kat sini kan? dear Alin, im proud of you. teruskan penghijrahan diri..sama2 la kita mencari keredhaanNya dan kebahagiaan dunia akhirat. amiin.. apepon mintak kat Allah supaya ditetapkan hati di jalanNya. kay? love, ur ex-rumet. ^_^ <3

    ReplyDelete